Wednesday 26 March 2014

Pesawat Malindo Air Terbakar




Satu penerbangan Malindo Air terpaksa kembali ke lapangan terbang Subang selepas enjin terbakar pagi ini.

Antara ynag ada di atas kapal terbang tersebut adalah pasukan bola sepak Terengganu, yang sedang dalam perjalanan balik selepas mengalahkan Angkatan Tentera dalam perlawanan malam tadi.

Faiz Subri , pemain tengah Terengganu menyiarkan gambar enjin yang terbakar di laman Facebook beliau.




Dalam satu kenyataan, Malindo Air berkata, pesawat tersebut mula terbakar semasa melalui pendakian kira-kira 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran pesawat telah diaktifkan dan denga keadaan segera, krew operasi memulakan operasi senarai semak kecemasan seperti yang telah ditetapkan di dalam prosedur operasi standard bagi mengawal keadaan supaya ianya tidak semakin parah "

" Kapten yang mengendalikan pesawat tersebut memutuskan untuk kembali ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat di Subang tanpa sebarang kejadianyang tidak diingini. Semua penumpang kemudiannya dipindahkan ke satu tempat bagi menaiki penerbangan lain ke Terengganu," kata syarikat penerbangan bajet itu.

Malindo Air berkata, punca kejadian itu sedang disiasat dan ianya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Mereka juga tururt melaporkan kejadian tersebut pada pengilang enjin & pesawat  yang berkenaan bagi menyiasat dengan lebih terperinci apa yang berlaku.

Malindo Air ialah syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Memulakan operasi pada 22 Mac , 2013, Malindo Air adalah syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan jenama baru B737- 900ER di Malaysia.

Malindo Air memulakan operasi pesawat ATR72 -600 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz , Subang Skypark pada 3 Jun 2013.


No comments:

Post a Comment