Tuesday 25 March 2014

Iklan Rosmah Bernilai Hampir RM 1 000,000

          Baru-baru ini dilaporkan terdapat iklan ucapan tahniah dua muka surat di dalam akhbar New York Times , yang  berharga ribuan US Dolar dan memaparkan isteri Perdana Menteri , yang dikatakan diletakkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

          Perkara ini disahihkan lagi dengan kenyataan New York Times sendiri yang berbunyi:  " Iklan itu diletakkan oleh sebuah agensi iklan bagi pihak kerajaan Malaysia. "

          Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Masyarakat dan Perhubungan Media New York Times, Diane McNulty , mendedahkan bahawa iklan itu tidak diletakkan oleh individu swasta , seperti yang terpapar  pada barisan terakhir dalam mesej iklan  ucapan tahniah tersebut.

         Kata McNulty lagi, dia tidak boleh mendedahkan kos sebenar iklan berkenaan kerana syarikat itu tidak pernah memnyebarkan kos iklan persendirian kerana terdapat banyak perkara yang terlibat yang perlu dirahsiakan seperti pihak yang mengiklan dan kadar bayaran yang dikenakan. Ini termasuk jadual pengiklanan itu telah dipersetujui oleh pengiklan dengan syarikat itu , dan juga kategori pengiklanan yang terlibat.

           Walau bagaimanapun, penyelidikan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu mendapati bahawa kos iklan halaman penuh seperti itu yang dikeluarkan di New York Times sebelumnya,bernilai  $ 180,000 hingga $ 230,000 sehalaman. Jumlah ini antara RM580,000 dan RM740,000 untuk iklan satu halaman.Oleh itu,dua halaman penuh berwarna yang memaparkan Datin Seri Rosmah dianggar menelan belanja lebih daripada RM740,000. Ianya hampir sejuta!!!!



          Iklan tersebut dipaparkan pada 16 April 2010 , hari terakhir lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat. Iklan itu bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada Rosmah diatas penganugerahan Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa.

            Iklan itu mengalu-alukan Rosmah Malaysia sebagai " First Lady " ke New York, dan membawa mesej: " Dalam mengiktiraf usaha mempromosikan keamanan, keharmonian dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia dan keberanian serta kesungguhan untuk mengubah kehidupan rakyat dan kanak-kanak di seluruh dunia. Malaysia berbangga denganmu. "

          Iklan tersebut turut memaparkan: " Salam mesra dari keluarga dan rakan-rakan di Amerika Syarikat dan Malaysia."

         Iklan tersebut juga tidak menamakan Business Council for International Understanding, organisasi yang memberi Rosmah anugerah itu.

           Tidak habis dengan kontroversi penggunaan khidmat firma perhubungan media Apco Worldwide Sdn Bhd, dan penglibatannya dalam urusan kerajaan, iklan dua halaman ini telah menimbulkan gosip dan kontroversi di blog-blog tempatan dan antarabangsa tentang pembaziran duit rakyat yang digunakan untuk mengeluarkan iklan itu.

          Dilaporkan juga, ketika iklan yang bernilai hampir sejuta ringgit itu dikeluarkan, liputan media mengenai pertemuan Barack Obama bersama Dato’ Seri Najib adalah sangat sedikit. Sudah jelas disini, ia merupakan perkara yang tidak perlu dilakukan dan tidak memberi sebarang faedah kepada Malaysia sedikitpun.

          Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis digambarkan dalam media Malaysia,menunjukkan sempena lawatan Najib ke US mendapat liputan luas akhbar Amerika Syarikat. Tetapi DAP Lim Kit Siang mendakwa , ia seperti telah menjadi suatu advertorial dalam akhbar Washington Times.

           McNulty,The New York Times tidak mendedahkan siapa agensi iklan yang terbabit dalam pengiklanan tersebut. Tetapi jika benar kerajaan Malaysia telah mengupah sebuah agensi iklan , mengapa wang rakyat digunakan untuk mempopularkan Rosmah yang menerima anugerah “kabur”  di Amerika Syarikat, bukannya Perdana Menteri dan negara?

           Panggilan telefon kepada Pejabat duta di Washington dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya telah dibuat bagi meminta penjelasan mengenai penglibatan kerajaan dalam iklan tersebut, dan berapa nilai wang rakyat yang dibelanja sebenarnya, namun tiada jawapan setakat ini.

No comments:

Post a Comment