Tuesday 25 March 2014

MH370: Kemalangan atau Perancangan?



          "Kerajaan mesti menyekat maklumat di Internet mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bagi melindungi rakyat Malaysia di China. Kemarahan keluarga Cina yang kehilangan saudara-mara mereka boleh menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia di sana terancam" kata Datuk Bung Mokhtar Radin, hari ini.

          Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, berita buruk mengenai pesawat yang kini dikatakan hilang dan terhempas di Lautan Hindi yang melibatkan 239 orang kebanyakannya warga China sangat berleluasa di China. Untuk mengawal kemarahan mereka ke atas rakyat Malaysia di luar negara khususnya China sendiri, kerajaan perlu menyekat berita semasa di media massa terutamanya di laman sosial.

          "Dengan media yang tidak terkawal kini segala-galanya boleh dimuat naik ke laman sosial. Jika ianya berterusan, apa akan berlaku? "Bung ditanya dalam Parlimen hari ini.

          "Apa yang akan berlaku jika rakyat Cina percaya dalam isu-isu tersebut? Mereka akan melakukan rusuhan dan menyeksa, memulau dan meminggirkan rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada. Kita tidak mahu ini berlaku. "

          Bung Mokhtar membuat kenyataan tersebut ketika beliau, sebagai wakil Barisan Nasional Kelab Penyokong Kerajaan, telah membahaskan usul tergempar MH370 yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

           Najib pagi ini mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk meratapi nasib penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang, menyatakan takziah kerajaan ke atas kejadian itu.

         Jika benar-benar kejadian MH370 itu terhempas di Lautan Hindi, kerajaan tidak perlulah bimbang kerana ianya adalah kemalangan dan bukan satu perancangan.

No comments:

Post a Comment