Tuesday 25 March 2014

Kita Juga daripada Air.

Bismillah…….

           Baru lepas makan, lauk ayam sambal. Aku nie memang boleh makan lebih dari satu lauk. Nenek aku cakap, aku same dengan kawannyer (aku on x igat namanye, bau2 bacang). Takkan la nak hadap buku lagi, urmmm……kenyang + buku = tidola jawabnyer. Hehe……. So, aku hadapla laptop nie. Then bukak fb, bukak twitter, bukak skype, bukak email, bukak blog. Aku tersenyum…… Ramainyer yang view blog aku nie…hehe . Terima kasih kerana sudi membaca tinta hati hamba Allah ini :o
           
          Sekarang bayak peristiwa yang berlaku kat dunia nie, khasnya negaraku Malaysia. Isu hot pertama; Kerajaan Selangor takeover syarikat air Selangor (SYABAS) n syabas!!!! Itulah perkara yang patut dilakukan oleh sesebuah kerajaan. Tak kira la kerajaan negeri, mahupun pusat. Air adalah satu sumber yang amat penting dalam kehidupan. Air merupakan satu asas buat benda hidup and its mean kalau x der air, matila kita. Tuhan memang dah sediakan air untuk keperluan kita untuk hidup. Benda tue samala macam udara. Tanpa udara, hampa boleh hidup ka ?(longat Kedah la plak) Smala macam air, kita x kan boleh hidup tanpa air. (asal aku rse aku circulated pada tempat yg sama ni) hihi…. Sabarjela…Ana baru belajar (pak Arab dah mai) hihi…..Adeke orang jual udara?


            
          So, bagi aku, x patutla air tue dijadikan bahan untuk berniaga. Bahan untuk mendapatkan keuntungan. Air adalah sumber kehidupan.Tanpa air,tiada kehidupan. Plus, kita juga dijadikan daripada air. Tahu x air ape? Haha….Dalam Islam pun ada mengatakan ,air adalah sumber untuk manusia yang tidak boleh disekat tidak boleh diniagakan dan mengeksploitasi untuk mendapat keuntungan. Ia ibarat udara untuk kita bernafas. Air dikurniakan Tuhan kepada semua makhluknya. ( btol x apa yang aku cakap?)So,ia patut dikawal oleh kerajaan sebab kerajan adalah satu organisasi yang dipercayai oleh rakyat untuk mengawal dan mengetuai kehidupan kita. So, perlulah ianya disalur secara adil dan saksama. Supaya air yang sememangnya keperluan manusia dan hidupan lain untuk terus hidup tidak menjadi beban kepada rakyat. Cuba fikir, kita punya then benda tue jadi beban plak kepada kita. Ade ke patut? ( refer kepada tarif air yang meningkat yang ditingkatkan oleh kerajaan pusat). So, sekarang rakyat Slangor dah hilang satu beban. Bukan kah itu bagus dan menepati tanggungjawab kerajaan sebagai satu organisasi yang  memudahkan kehidupan rakyatnya? Kta kena bayar untuk air sebab duit tu untuk bayar pekerja yang mengendalikan proses2 air tu. Diharuskan mengambil kos perkhidmatan sahaja, bukannya diniagakan atau diswastakan untuk keuntungan. Bukankah itu bagus?j Cuba fikir,jika air diniagakan pasti akan untung kerana bekalannya adalah percuma. Btol x?Sememangnya Islam itu adil dan mudah.
           
          Pastu pulak, paper national kita a.k.a paper kerajaan menggembar –gemburkan; tindakan kerajaan Selangor takeover SYABAS menyusahkan rakyat Selangor. For your information, that’s happened bukan untuk menyusahkan rakyat, tapi sebagai persediakan menghadapi musim panas yang berpanjangan. So, diorang buatla catuan air. Benda tue untuk memastikan bekalan air yang hampir nak habis sebab air empangan dah berkurang boleh dipulihkan. Apabila air dah bertambah, bolehlah kerajaan bekalkannya untuk rakyat buat waktu yang lebih panjang. Klau x buat catuan, mungkin akan menyebabkan air x cukup untuk rakyat. So, bnda tu menyusahkan or memudahkan? Memangla kalau kita nak something yang lebih baik, kena korbankan sikit something yang lain. No pain, no gain bro ;)

           
          Aku harap, tindakan kerajaan Selangor yang mengambil alih SYABAS dapat ditiru kerajaan negeri yang lain. Perak takeover LAP,Johor takeover SAJ, Kedah takeover SADA n ect.….kan bagus gitu….Okla…nak stop dulu. Nnati sambung balik dengan topik2 hot lain. Teringin nak cakap pasal, kos sara hidup yang melambung naik, sodomi Anwar, MH 370. Ikutilah edisi yang akn dating. Asal ngantuk ni…hehe.Salam 


No comments:

Post a Comment