Thursday 27 March 2014

Dr. Wan Azizah Perdana Menteri Malaysia ke-7 ?

Surat Terbuka kepada pengundi-pengundi pilihanraya kecil Kajang dari Ketua Parlimen DAP dan Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Jumaat, 21 Mac 2014:
Seruan Ketiga kepada para pengundi Kajang – bersatulah memberikan undi kepada Wan Azizah dalam pilihanraya kecil Ahad ini bagi pihak 30 juta rakyat Malaysia sebagai tanda keyakinan terhadap keupayaan beliau untuk menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia
Di Asia, kita telah menyaksikan wanita diangkat sebagai Perdana Menteri, antaranya Indira Gandhi yang menjadi Perdana Menteri India sebanyak dua kali dan memerintah selama 16 tahun; Pratibha Patil yang menjadi Presiden India selama lima tahun dari tahun 2007; Sirimavo Bandaranaike yang tiga kali menjadi Perdana Menteri Sri Lanka dalam tempoh 17 tahun; Benazir Bhutto yang menjadi Perdana Menteri Pakistan sebanyak dua kali bagi tempoh lebih empat tahun; Bangladesh yang telah menghasilkan dua Perdana Menteri wanita, iaiatu Khaleda Zia yang dua kali menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun dan Sheikh Hasina Wajed yang juga dua kali menjadi Perdana Menteri selama 10 tahun; selain Park Geun-hye yang kini adalah Presiden Korea Selatan.
Di kalangan negara ASEAN, Filipina telah memiliki dua Presiden wanita – Corazon Aquino selama enam tahun dan Gloria Macapagal Arroyo selama sembilan tahun; Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia selama lebih tiga tahun; dan Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Thailand sekarang, sejak tahun 2011.
Di luar rantau ini, kita melihat Perdana Menteri dan Presiden wanita seperti (1) Angela Markel, Canselor Jerman selama lebih lapan tahun; (2) Helle Thorning-Schmidt, Perdana Menteri Denmark; (3) Erna Solberg, Perdana Menteri Norway; (4) Alenka Bratusek, Perdana Menteri Slovenia; (5) Cristina Fernandez de Kirchner, Presiden Argentina selama lebih enam tahun; (6) Dilma Rousseff, Presiden Brazil sejak tahun 2011; (7) Atifete Jahjaga, President Kosovo sejak tahun 2011; (8) Laura Chinchilla, Presiden Costa Rica; (9) Ellen Johnson Sirleaf, Presiden Liberia selama lebih lapan tahun dan (9) Joyce Banda, Presiden Malawi sejak tahun 2012.
Wanita-wanita lain yang telah memainkan peranan sebagai ketua kerajaan atau negara termasuk Margaret Thatcher, Perdana Menteri United Kingdom selama lebih 11 tahun; Golda Meir, Perdana Menteri Israel selama lebih lima tahun; Gro Harlem Brundtland, Perdana Menteri Norway sebanyak tiga kali selama sembilan tahun; Mary Robinson, Presiden Iceland selama lebih enam tahun; Tansu Ciller, Perdana Menteri Turki selama lebih dua tahun; Jenny Shipley dan Helen Clarke yang menjadi Perdana Menteri New Zealand masing-masing selama dua dan sembilan tahun; Julia Gillard, Perdana Menteri Australia selama lebih tiga tahun; Michelle Bachelet, Presiden Chile selama lebih empat tahun; Dalia Grybauskaite, Presiden Lithuania selama lebih empat tahun dan Roza Otunbayeva, Presiden Kyrgyzstan.
Tetapi, perlukah Malaysia mempunyai seorang pemimpin tertinggi iaitu seorang perdana menteri wanita yang pertama? Malaysia sebagai negara Islam, mampukah menerima wanita sebagai perdana menterinya? Lelaki-lelaki Malaysia yang lain, mampukah mereka menerima seorang wanita sebagai pemimpin mereka? Mungkinkah akan timbul perasaan dayus dalam hati mereka?
Memang banyak pembaharuan dan perubahan yang berlaku dalam negara ini dan tidak dinafikan ianya menjadi sati ikutan di seluruh dunia, wanita menjadi pemimpin;memimpin sebuah organisasi, syarikat dan negara. Satu ideologi 'abad 21' merubah banyak perkara yang ada di antaranya sudah terang lagi bersuluh bertentangan dengan ajaran Islam. Antaranya, perkahwinan sejenis (gay/lesbian) dibenarkan di negara-negara barat, malah kini turut menjadi satu ikutan buat negara timur yang terkenal dengan budaya dan pegangan mereka. Kepimpinan wanita disanjung dan diterima, seolah-olah tiada lelaki yang lain layak untuk memimpin sesebuah organisasi atau negara berkenaan.  Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan berterusan, terutamanya berlaku di negara Islam seperti Malaysia. Kita perlu menolak segala anjakan 'halus' yang ingin dibawa masuk ke dalam negara ini kerana ini adalah negara Islam.

No comments:

Post a Comment