Thursday 21 February 2013

Percaya itu amanah

     
Rukun Iman
     Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat-Malaikat, Beriman kepada Kitab-Kitab, Beriman kepada Rasul-Rasul, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada' dan Qadar

Apa asasnya?
I M A N = P E R C A Y A

                                                                   
Rukun negara
    Kepercayaan kepada Tuhan. Kesetiaan kepada raja dan negara. Keluhuran perlembagaan. Kedaulatan undang-undang. Kesopanan dan Kesusilaan.

Apa yang pertama?
K E P E R C A Y A A N


        

           Kepercayaan itu wujud di antara perkara-perkara yang tidak boleh dibeli. Bukan mudah untuk membina kepercayaan terhadap seseorang dan juga membina kepercayaan dari seseorang untuk diri kita. Bertahun-tahun membinanya namun dalam sekelip mata ia boleh musnah. Dalam hidup ini, bukanlah seberapa banyak perkara/benda/harta yang kita miliki menjadi kayu ukur tetapi siapa yang kita ada untuk percaya dan mempercayai diri kita menjadi timbangan. Jangan ingkari/hilangkan/buang empat perkara dari hidup ini; kepercayaan, janji, hubungan baik dan hati. Apabila salah satunya diingkari/hilang/dibuang, tiada bunyi yang keluar daripadanya namun lukanya terasa. Ianya amat jelas sehingga mampu membawa kepada maut seseorang.
       
           Pernahkah anda dengar berita mengenai seseorang yang mati akibat kesunyian? Tidak mempunyai teman, keluarga dan saudara yang mampu memberi sinar kehidupan. Sesungguhnya mati dalam keadaan sebegitu wujud di dunia ini. Insan yang menderita kesunyian mampu membawa dirinya menjadi gila. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Mereka kadangkala bercakap berseorangan, bermain dengan anak patung dan ada di antara mereka melakukan hubungan intim bersama haiwan. Sebenarnya bukan itu yang mereka mahu, tetapi keadaan yang menyebabkan semua perkara tersebut berlaku. Mereka tiada sesiapa untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Mereka buntu untuk mencatu jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Akhirnya, keseorangan dalam menghadapi gelora kehidupan memakan diri sehingga jiwa tidak dapat lagi menerima dan maut menjadi nadi pengakhirannya.
       
           Ramai mengatakan yang percaya itu punca kepada perhubungan. Tanpa percaya cinta tidak akan wujud, Tanpa percaya, hubungan persahabatan antara dua sahabat tidak akan berkekalan. Tanpa percaya, seorang majikan tidak akan menggaji pekerjanya. Dan yang paling mustahak, tanpa percaya tiadalah iman. Semua itu berasas daripada sebuah kepercayaan. Menurut kamus dewan, kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai pleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara berkenaan. Jadi benarlah kepercayaan boleh menjadi penyebab kepada berkekalannya sesebuah hubungan dan hancurnya sesebuah ikatan.
         
            Why am I telling this?. Lately more and more people come to me and share the same dialogue; "I TRUST YOU AMIR." Bunyi memang biasa, namun disebalik ayat ini jelas sekali, kita amat penting di hati mereka dan apa yang 'diserahkan' kepada kita bukanlah sesuatu yg remeh pada diri mereka. Mungkin rahsia, mungkin hanya suka-suka. Namun bagi aku, itulah amanah. Amanah yang sangat hebat. Amanah yang menjadi tunjang kepada sesebuah ikatan silaturrahim. Amanah yang menjadi asas kepada iman seseorang Muslim. Amanah yang pasti! Beratnya pemberian-Mu Allah. Terlanjur bicara, munafiklah diri. Nauzubillah. 
       
           Jangan remehkan kepercayaan yang diberi. Jika yang 'diserahkan' itu rahsia Aib. Lindungi aib mereka sebagaimana anda ingin aib anda dilindungi mereka. Jika yang diserahkan itu Harta, jujurlah dalam pelaksanaannya. Jika yang diserahkan itu Hadiah, gunakanlah ke arah kebaikan. Selagi kepercayaan itu masih boleh dilindungi, wajiblah dirimu tidak memilih munafiq!

    






No comments:

Post a Comment