Friday 22 February 2013

Manusia umpama Buluh

Bismillah.....

     Kebosanan tahap maksumum nie. Petang2 Jumaat sememangnya aku free dari sebarang kelas. So, apa yang nak dibuat? Kawan aku sedang asyik dibuai mimpi. Siap berdengkur lagi. Mana x nyer, meredah panas nak pergi sembahyang Jumaat dan kelas pula start nun di awal pagi, jam 8. Apabila dapat katil empuk plus aircond, apalagi.Yang sorang tu plak, asyik main computer game jer tak habis2. Hish.....haha... kata orang pulak ^^ Jadi untuk tidak membuang masa, baik aku tulis coretan yang baru. Coretan petang Jumaat.

     Mengimbau kembali kenangan ketika di sekolah, memang best. Terbaik.. Bermacam jenis pengalaman yang aku tempuhi. Berjuta memori yang aku ciptakan. Ada yang manis, dan ada yang pahit. Yang manis membuatkan aku sentiasa terhibur. Dan yang pahit membuatkan aku jadi lebih kuat. Biasalah....

      Menjadi fitrah manusia suka kepada perkara-perkara yang menggembirakan. Kalau boleh, semua pengalaman dan memori hendak yang gembira sahaja. Yang berbentuk kedukaan dilupakan. Sebenarnya, memori duka itulah yang mengajar kita menjadi lebih dewasa. Cuba bayangkan, jika semua memori kita berbentuk hiburan. Semuanya gembira belaka. Tidakkah kita akan sentisa tersenyum seperti orang gila? Hati kita akan sentiasa selesa. Keselesaan itulah yang membuatkan kita cepat lupa. Alpa.

       Kita perlukan keseimbangan. Kita perlukan kegembiraan dikala kita berduka. Kita perlukan kedukaan dikala kita gembira agar ianya tidak berlebih-lebihan. Kegembiraan kita tidak boleh melepasi tahapnya. Kedukaan pula perlu dikawal. Adanya kedua-dua ini membuatkan seseorang insan itu menjadi lebih neutral.



        Umpama pohon buluh, semakin tua semakin keras. Begitu juga manusia. Semakin kita meningkat dewasa, kita akan menjadi semakin kuat. Kekuatan kita boleh terbina melalui memori manis dan pengalaman pahit kita. Seseorang manusia akan menjadi lebih kuat apabila mengingati orang yang tersayang. Sifat sayang kita yang kuat akan membuatkan kita sanggup melakukan apa2 sahaja untuk seseorang itu. Kekuatan kita juga akan terjalin apabila kita mengingati memori indah ketika bersamanya. Mungkin pada satu-satu masa, kita akan menghadapi masalah, jadi dengan mengingati kenangan kita bersama orang yang kita sayangi akan membuatkan kita lupa seketika masalah itu. Apabila kita berada dalam keadaan yang tidak merungsingkan, jalan penyelesaian akan segera muncul. Kata orang, pertolongan tidak akan datang pada mereka yang mati. Mati di sini dimaksudkan oleh keadaan kita yang bermasalah, rungsing dan risau.

          Begitu juga dengan memori pahit. Tipu jika seseorang itu tiada memori pahit. Walaubagaimana kaya pun seseorang itu, secantik mana pun seseorang itu, sesempurna mana pun seseorang itu, pasti mereka ada memori pahit. Kadang-kadang memori pahit ini berlaku pada waktu yang tidak dijangka. Berlaku bersama orang yang kita sayang. Yes, itulah memori pahit yang membolehkan lelaki segagah mana pun menitiskan air mata. Jika kita ingat kembali sewaktu kita terimbau memori pahit, apa yang akan berlaku? Kita akan berkata " x nak ingat-x nak ingat", " haha... salah aku tue ", " x per... orang pun dah lupa" dan sebagainya mengikut jenis orang.  Sebenarnya, apabila kita ingat memori pahit tersebut, kita juga akan mengingatkan diri kita agar jangan pernah buat perkara itu lagi. Berhati-hati dalam setiap tindakan dan percakapan. Itulah yang membuatkan kita lebih kuat. Kita sedar akan kesalahan kita dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Ha, siapa kata memori pahit x bermanfaat? Perlu dilupakan.

         Memang benar memori yang duka sangat sakit untuk diingati. Hati akan rasa hancur, musnah, dirobek, dicincang dan dihiris apabila kita mengingatinya.. Terimalah ia sebagai satu perkara yang positif. Jadikan ia satu pengajaran. Jika memori pahit itu dikongsi bersama seseorang, maafkanlah insan tersebut. Tidak kiralah siapa yang salah, saling bermaafanlah. Sesungguhnya, Allah mengasihani mereka yang saling bermaafan dan membenci hamba-Nya yang memutuskan silaturrahim. Nauzubillah.....

1 comment:

  1. experience does teachs us. Pray that we will be a better kaliph of Him day by day :)

    ReplyDelete