Wednesday, 26 March 2014

Pesawat Malindo Air Terbakar




Satu penerbangan Malindo Air terpaksa kembali ke lapangan terbang Subang selepas enjin terbakar pagi ini.

Antara ynag ada di atas kapal terbang tersebut adalah pasukan bola sepak Terengganu, yang sedang dalam perjalanan balik selepas mengalahkan Angkatan Tentera dalam perlawanan malam tadi.

Faiz Subri , pemain tengah Terengganu menyiarkan gambar enjin yang terbakar di laman Facebook beliau.




Dalam satu kenyataan, Malindo Air berkata, pesawat tersebut mula terbakar semasa melalui pendakian kira-kira 7,000 kaki.

"Sistem pengesan kebakaran pesawat telah diaktifkan dan denga keadaan segera, krew operasi memulakan operasi senarai semak kecemasan seperti yang telah ditetapkan di dalam prosedur operasi standard bagi mengawal keadaan supaya ianya tidak semakin parah "

" Kapten yang mengendalikan pesawat tersebut memutuskan untuk kembali ke Subang dan pesawat mendarat dengan selamat di Subang tanpa sebarang kejadianyang tidak diingini. Semua penumpang kemudiannya dipindahkan ke satu tempat bagi menaiki penerbangan lain ke Terengganu," kata syarikat penerbangan bajet itu.

Malindo Air berkata, punca kejadian itu sedang disiasat dan ianya telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Mereka juga tururt melaporkan kejadian tersebut pada pengilang enjin & pesawat  yang berkenaan bagi menyiasat dengan lebih terperinci apa yang berlaku.

Malindo Air ialah syarikat penerbangan hibrid Malaysia yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Memulakan operasi pada 22 Mac , 2013, Malindo Air adalah syarikat penerbangan pertama yang mengendalikan jenama baru B737- 900ER di Malaysia.

Malindo Air memulakan operasi pesawat ATR72 -600 dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz , Subang Skypark pada 3 Jun 2013.


Tuesday, 25 March 2014

Iklan Rosmah Bernilai Hampir RM 1 000,000

          Baru-baru ini dilaporkan terdapat iklan ucapan tahniah dua muka surat di dalam akhbar New York Times , yang  berharga ribuan US Dolar dan memaparkan isteri Perdana Menteri , yang dikatakan diletakkan oleh pihak kerajaan Malaysia.

          Perkara ini disahihkan lagi dengan kenyataan New York Times sendiri yang berbunyi:  " Iklan itu diletakkan oleh sebuah agensi iklan bagi pihak kerajaan Malaysia. "

          Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Masyarakat dan Perhubungan Media New York Times, Diane McNulty , mendedahkan bahawa iklan itu tidak diletakkan oleh individu swasta , seperti yang terpapar  pada barisan terakhir dalam mesej iklan  ucapan tahniah tersebut.

         Kata McNulty lagi, dia tidak boleh mendedahkan kos sebenar iklan berkenaan kerana syarikat itu tidak pernah memnyebarkan kos iklan persendirian kerana terdapat banyak perkara yang terlibat yang perlu dirahsiakan seperti pihak yang mengiklan dan kadar bayaran yang dikenakan. Ini termasuk jadual pengiklanan itu telah dipersetujui oleh pengiklan dengan syarikat itu , dan juga kategori pengiklanan yang terlibat.

           Walau bagaimanapun, penyelidikan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu mendapati bahawa kos iklan halaman penuh seperti itu yang dikeluarkan di New York Times sebelumnya,bernilai  $ 180,000 hingga $ 230,000 sehalaman. Jumlah ini antara RM580,000 dan RM740,000 untuk iklan satu halaman.Oleh itu,dua halaman penuh berwarna yang memaparkan Datin Seri Rosmah dianggar menelan belanja lebih daripada RM740,000. Ianya hampir sejuta!!!!



          Iklan tersebut dipaparkan pada 16 April 2010 , hari terakhir lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat. Iklan itu bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada Rosmah diatas penganugerahan Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa.

            Iklan itu mengalu-alukan Rosmah Malaysia sebagai " First Lady " ke New York, dan membawa mesej: " Dalam mengiktiraf usaha mempromosikan keamanan, keharmonian dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia dan keberanian serta kesungguhan untuk mengubah kehidupan rakyat dan kanak-kanak di seluruh dunia. Malaysia berbangga denganmu. "

          Iklan tersebut turut memaparkan: " Salam mesra dari keluarga dan rakan-rakan di Amerika Syarikat dan Malaysia."

         Iklan tersebut juga tidak menamakan Business Council for International Understanding, organisasi yang memberi Rosmah anugerah itu.

           Tidak habis dengan kontroversi penggunaan khidmat firma perhubungan media Apco Worldwide Sdn Bhd, dan penglibatannya dalam urusan kerajaan, iklan dua halaman ini telah menimbulkan gosip dan kontroversi di blog-blog tempatan dan antarabangsa tentang pembaziran duit rakyat yang digunakan untuk mengeluarkan iklan itu.

          Dilaporkan juga, ketika iklan yang bernilai hampir sejuta ringgit itu dikeluarkan, liputan media mengenai pertemuan Barack Obama bersama Dato’ Seri Najib adalah sangat sedikit. Sudah jelas disini, ia merupakan perkara yang tidak perlu dilakukan dan tidak memberi sebarang faedah kepada Malaysia sedikitpun.

          Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis digambarkan dalam media Malaysia,menunjukkan sempena lawatan Najib ke US mendapat liputan luas akhbar Amerika Syarikat. Tetapi DAP Lim Kit Siang mendakwa , ia seperti telah menjadi suatu advertorial dalam akhbar Washington Times.

           McNulty,The New York Times tidak mendedahkan siapa agensi iklan yang terbabit dalam pengiklanan tersebut. Tetapi jika benar kerajaan Malaysia telah mengupah sebuah agensi iklan , mengapa wang rakyat digunakan untuk mempopularkan Rosmah yang menerima anugerah “kabur”  di Amerika Syarikat, bukannya Perdana Menteri dan negara?

           Panggilan telefon kepada Pejabat duta di Washington dan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya telah dibuat bagi meminta penjelasan mengenai penglibatan kerajaan dalam iklan tersebut, dan berapa nilai wang rakyat yang dibelanja sebenarnya, namun tiada jawapan setakat ini.

MH370: Kemalangan atau Perancangan?



          "Kerajaan mesti menyekat maklumat di Internet mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 bagi melindungi rakyat Malaysia di China. Kemarahan keluarga Cina yang kehilangan saudara-mara mereka boleh menyebabkan keselamatan rakyat Malaysia di sana terancam" kata Datuk Bung Mokhtar Radin, hari ini.

          Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan, berita buruk mengenai pesawat yang kini dikatakan hilang dan terhempas di Lautan Hindi yang melibatkan 239 orang kebanyakannya warga China sangat berleluasa di China. Untuk mengawal kemarahan mereka ke atas rakyat Malaysia di luar negara khususnya China sendiri, kerajaan perlu menyekat berita semasa di media massa terutamanya di laman sosial.

          "Dengan media yang tidak terkawal kini segala-galanya boleh dimuat naik ke laman sosial. Jika ianya berterusan, apa akan berlaku? "Bung ditanya dalam Parlimen hari ini.

          "Apa yang akan berlaku jika rakyat Cina percaya dalam isu-isu tersebut? Mereka akan melakukan rusuhan dan menyeksa, memulau dan meminggirkan rakyat Malaysia di mana sahaja mereka berada. Kita tidak mahu ini berlaku. "

          Bung Mokhtar membuat kenyataan tersebut ketika beliau, sebagai wakil Barisan Nasional Kelab Penyokong Kerajaan, telah membahaskan usul tergempar MH370 yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

           Najib pagi ini mengemukakan usul tergempar di Dewan Rakyat untuk meratapi nasib penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang, menyatakan takziah kerajaan ke atas kejadian itu.

         Jika benar-benar kejadian MH370 itu terhempas di Lautan Hindi, kerajaan tidak perlulah bimbang kerana ianya adalah kemalangan dan bukan satu perancangan.

Missing MH370: Full of Questions

Najib Razak has announced that missing flight MH370 crashed in the southern Indian Ocean.He said that was the conclusion of fresh analysis of satellite data tracking the flight.
hah.......that right





The airliner that is rated as one of the safest aircraft based on its accident safety record and high number of flight hours which just has been involved in three confirmed hull-loss accidents as of March 2014; the Asiana Airlines Flight 214 accident in July 2013 was the first fatal crash of the aircraft in 18 years of commercial service?





With the most experiences pilot Captain Zaharie Ahmad Shah, 53,a veteran pilot who joined Malaysia Airlines in 1981 and logged 18,000 hours of flying experience and co-pilot Fariq Abdul Hamid who joined Malaysia Airlines in 2007 at the age of 20, gained about 2,700 hours of flight experience?




How can there are no distress signal?
How can a big plane suddenly disappear out of the radar?
Why it's takes too long for the official from MAS?
How the two-years stolen passport,only now they detect it? Don't they do their work before?
Why too many countries appear for help just as it seen to be planned?
From the expert they have emphasized the unknowability of the entire situation. How can this happen?
The contradictory nature of much 'evidence'?
How Malaysian military missed MH370 going back across the country?
Is it true Marconi radar detection Gong Kedak impractical?
The cause of the plane over direction?
What other proof satellite footage? 

Think!

"When you hear hoof-beats, think horses no zebras"




Irene Fernandez on Operation


She is now on operation. 

          Irene Fernandez is co-founder and director of the non-governmental organization Tenaganita in Malaysia. This organization is committed to the rights of migrant workers. Irene Fernandez, which is also the human rights group SUARAM co-founded (Voice of the Malaysian people) and the Asian Forum on Women, Law and Development, is currently Vice-Chair of the Women wing of the opposition party Parti Keadilan Rakyat (PKR)
      
          She’s before ended her 13-years court battle after Kuala Lumpur High Court’s judge,Mohamad Apandi Ali reversed the Kuala Lumpur Magistrate’s Court judgment in 2003 where Fernandez was sentenced to one years’ jail for maliciously publishing false news. She was allowed bail pending her appeal to the higher court.The High Court judge made the decision after deputy public prosecutor Shamsul Sulaiman said that the prosecution had decided not to fight the appeal.

         “In the light of the prosecution not opposing the appeal by the appellant, there is no necessity to deliberate on the appeal further,” said Mohamad Apandi, drawing cheers and applause from Fernandez’s family and friends who were gathered at the court as early as 9am.

         “I hereby reverse the findings and sentence, and acquit and discharge the appellant. Conviction and sentence is hereby set aside,” said the judge.


         

                      Hope the operation went well. Pray for PKR sister Irene: you are an inspiration to all Malaysian who seek truth and justice.

Kita Juga daripada Air.

Bismillah…….

           Baru lepas makan, lauk ayam sambal. Aku nie memang boleh makan lebih dari satu lauk. Nenek aku cakap, aku same dengan kawannyer (aku on x igat namanye, bau2 bacang). Takkan la nak hadap buku lagi, urmmm……kenyang + buku = tidola jawabnyer. Hehe……. So, aku hadapla laptop nie. Then bukak fb, bukak twitter, bukak skype, bukak email, bukak blog. Aku tersenyum…… Ramainyer yang view blog aku nie…hehe . Terima kasih kerana sudi membaca tinta hati hamba Allah ini :o
           
          Sekarang bayak peristiwa yang berlaku kat dunia nie, khasnya negaraku Malaysia. Isu hot pertama; Kerajaan Selangor takeover syarikat air Selangor (SYABAS) n syabas!!!! Itulah perkara yang patut dilakukan oleh sesebuah kerajaan. Tak kira la kerajaan negeri, mahupun pusat. Air adalah satu sumber yang amat penting dalam kehidupan. Air merupakan satu asas buat benda hidup and its mean kalau x der air, matila kita. Tuhan memang dah sediakan air untuk keperluan kita untuk hidup. Benda tue samala macam udara. Tanpa udara, hampa boleh hidup ka ?(longat Kedah la plak) Smala macam air, kita x kan boleh hidup tanpa air. (asal aku rse aku circulated pada tempat yg sama ni) hihi…. Sabarjela…Ana baru belajar (pak Arab dah mai) hihi…..Adeke orang jual udara?


            
          So, bagi aku, x patutla air tue dijadikan bahan untuk berniaga. Bahan untuk mendapatkan keuntungan. Air adalah sumber kehidupan.Tanpa air,tiada kehidupan. Plus, kita juga dijadikan daripada air. Tahu x air ape? Haha….Dalam Islam pun ada mengatakan ,air adalah sumber untuk manusia yang tidak boleh disekat tidak boleh diniagakan dan mengeksploitasi untuk mendapat keuntungan. Ia ibarat udara untuk kita bernafas. Air dikurniakan Tuhan kepada semua makhluknya. ( btol x apa yang aku cakap?)So,ia patut dikawal oleh kerajaan sebab kerajan adalah satu organisasi yang dipercayai oleh rakyat untuk mengawal dan mengetuai kehidupan kita. So, perlulah ianya disalur secara adil dan saksama. Supaya air yang sememangnya keperluan manusia dan hidupan lain untuk terus hidup tidak menjadi beban kepada rakyat. Cuba fikir, kita punya then benda tue jadi beban plak kepada kita. Ade ke patut? ( refer kepada tarif air yang meningkat yang ditingkatkan oleh kerajaan pusat). So, sekarang rakyat Slangor dah hilang satu beban. Bukan kah itu bagus dan menepati tanggungjawab kerajaan sebagai satu organisasi yang  memudahkan kehidupan rakyatnya? Kta kena bayar untuk air sebab duit tu untuk bayar pekerja yang mengendalikan proses2 air tu. Diharuskan mengambil kos perkhidmatan sahaja, bukannya diniagakan atau diswastakan untuk keuntungan. Bukankah itu bagus?j Cuba fikir,jika air diniagakan pasti akan untung kerana bekalannya adalah percuma. Btol x?Sememangnya Islam itu adil dan mudah.
           
          Pastu pulak, paper national kita a.k.a paper kerajaan menggembar –gemburkan; tindakan kerajaan Selangor takeover SYABAS menyusahkan rakyat Selangor. For your information, that’s happened bukan untuk menyusahkan rakyat, tapi sebagai persediakan menghadapi musim panas yang berpanjangan. So, diorang buatla catuan air. Benda tue untuk memastikan bekalan air yang hampir nak habis sebab air empangan dah berkurang boleh dipulihkan. Apabila air dah bertambah, bolehlah kerajaan bekalkannya untuk rakyat buat waktu yang lebih panjang. Klau x buat catuan, mungkin akan menyebabkan air x cukup untuk rakyat. So, bnda tu menyusahkan or memudahkan? Memangla kalau kita nak something yang lebih baik, kena korbankan sikit something yang lain. No pain, no gain bro ;)

           
          Aku harap, tindakan kerajaan Selangor yang mengambil alih SYABAS dapat ditiru kerajaan negeri yang lain. Perak takeover LAP,Johor takeover SAJ, Kedah takeover SADA n ect.….kan bagus gitu….Okla…nak stop dulu. Nnati sambung balik dengan topik2 hot lain. Teringin nak cakap pasal, kos sara hidup yang melambung naik, sodomi Anwar, MH 370. Ikutilah edisi yang akn dating. Asal ngantuk ni…hehe.Salam 


Tuesday, 2 April 2013

Satu perjuangan

     Bismillah....

      Menjangkau sebulan sudah aku x update blog.... memandangkan banyak perkara yang perlu diselesaikan. Petang Selasa yang damai untuk aku berkarya membuatkan hati terbuka untuk melihat perkembangan blog Mencari Akashah. Nama sempena nama aku dan orang cakap nama aku cantik. Urm, whatever, its not me who said my name is such that beautiful, haha.... aku accept jer. By the way, thanks umi n abah. Bagi nama tue.Act, nama x pernah bagi apa2 erti pada seseorang. Walaupun nama seseorang tue cantik macam mana pon, like example nama anak- anak artis zaman sekarang :Airit Rafqa Arjuna : Anak Rita Rudaini 


Iman Lilly dan Tiara Rose : Anak Shazzy Falak
Raayan Alexander Wilson Jamil Wilson - Anak Ruhil Amani
Lavienda Namiraz - Anak Bienda
Tengku Cleopatra Haidar - Anak Que Haidar

Oh gosh....peningPENINGpening....:-)

....tapi klau perangai macam @#$%^, haha ...x der guna nyer bang oi. Baik kau bagi nama anak kau, Ali bin Abu ker, Hassan bin Hussin ker, ha... lagi OK. Recommended name, like nama sahabat nabi like :


Abu Bakar Siddiq
Umar Al-Khatab
Thaihah Abdullah
Saad Abi Waqas

.......urm, tue nama sahabat nabi yang akan masuk syurga. Kan sedap didengar, betol x? Nama pun sedap didengar plus senang nak sebut,x der lah terbelit lidah dibuatnya.


         Sebenarnya, aku nak ceritakan pengalaman aku balik ke kolej dari wedding uncle aku kat Kepala Batas baru-baru nie. Selepas aku check-out dari hotel jer, my parent terus hantar aku ke Stesen Bus Butterworth. Mereka nak hantar adik-adik aku yang lain masuk balik asrama. So, bus aku kul plak lambat n aku lak terawal datang ke stesen bus. That is my first time duk kat Butterworth Station Bus tue.... urm, klau korang duk kat stesen bus, tau2 jer lar apa yang korang tengok. Macam2 ragam manusia aku lihat kat situ. Ader yang x cukup kain. Lelaki yang gatal meroyan kacau anak dara orang. Pastu lak , ader yang terjerit-jerit suruh orang bli tiket. Hishhh.... sungguh hiruk-pikuk.

      Then, aku x tahan, aku pergi cari surau. Tapi malang nasib menimpa apabila surau dikunci. So, aku duduk kat belakang surau menghala ke jeti n KTMB. Kat situ, kurang sikitlah orang. Aku duk kat sebelah sorang adik nie. Tengok baju, budak MRSM Balik Pulau rupanya. Mungkin dier nak balik.maktab. Aku terfikir, jauh betul perjalanan adik tue nak tuntut ilmu.Mungkin dier bukan orang situ, dari segi percakapannya, aku merasakan dier orang Kedah. Aku kira2,mmg jauh perjalanan adik tue nak ke maktab dier.From Kedah then transit kat Butterworth. Then, naik feri gi Georgetown, Pastu naik bus gi Balik Pulau. Sumpah, mmg aku respect ngan adik tue. Urm... aku terfikir ketika aku belajar kat asrama dulu, pergi balik umi ngan abah hantar. Then, x payah berpanas n tukar bus. Kadang2 jer aku naik bus klau mereka x boleh ambil aku balik. But, aku x pernah naik bus untuk balik ke maktab. I always said this, " Why do I need to take a bus whereas I have my parent to send me off " So, tanpa mengeluh, mereka hantar n ambil aku pulang dari maktab.

          Masa tue aku x pernah terfikir keadaan orang lain yang jauh lebih susah datang ke sekolah nak menuntut ilmu. Ibu bapa mereka x mampu untuk menghantar mereka pergi dan balik sekolah dengan selesa. Hanya berbekalkan doa, mereka menghantar anak mereka mengharapkan kejayaan pada masa hadapan. Then, adik nie nak gerak dari tempat duduknya. Apabila dia berdiri, dia menyeluk pocket seluar n keluarkan beg duit. Dia, selak-selak beg duit and duduk balik. Aku hairan. Kenapa dia duduk balik. Aku memberanikan diri n duduk lebih dekat ngan dia. Aku tanya. "adik dari mana n nak kemana". Then dengan perasaan malu, dia jawab. "Nak balik asrama".  "Adik ader tunggu spe2 ker", " Saya tunggu kawan". Kemuian kitaorang bersembang memandangkan aku juga budak asrama.. Selepas lebih kurang setengah jam kemdian, kawan dier sampai dengan membawa beg plastik yang besar dan ada beberapa bungkus keropok . Aku mencuri dengar perbualan diorang.

Adik asrama : Dah abis ker?
Kawan : Blum, ade skit lagi ni.
Adik asrama : Dah cukup?
Kawan : Bolelar...Jom

            Kemudian, kawan dier kluarkan duit seringgit2 dari poket dier. Subhanallah....Aku terkesima. Speechless.. Aku x tau apa yang aku dengar. Itu yang aku minta. Hati aku luluh.  Sangat luluh. Air mata jatuh berlinangan. Tapi aku cover ngan surat khabar. Aku terkejut. Aku x sangka benda yang selama nie aku tengok dalam drama Melayu berlaku depan mata aku. Masih ade mereka yang seperti itu. Ingin menuntut ilmu tetapi tiada wang yang mencukupi. Mereka pergi dengan langkah yang bersemangat untuk teruskan perjuangan. Aku melihat setiap langkah mereka. Mereka gembira, tersenyum. 

Ya Allah, kau berikan kejayaan pada mereka. Kuatkan hati dan diri mereka. Berkatilah ilmu yang mereka pelajari dan jadikan mereka orang2 yang berguna buat agama-Mu. Amin