Baru-baru ini dilaporkan terdapat iklan ucapan tahniah dua
muka surat di dalam akhbar New York Times , yang berharga ribuan US Dolar dan memaparkan isteri
Perdana Menteri , yang dikatakan diletakkan oleh pihak kerajaan Malaysia.
Perkara ini disahihkan lagi dengan kenyataan New York Times sendiri
yang berbunyi: " Iklan itu
diletakkan oleh sebuah agensi iklan bagi pihak kerajaan Malaysia. "
Pengarah Eksekutif Hal Ehwal Masyarakat
dan Perhubungan Media New York Times, Diane McNulty , mendedahkan bahawa iklan
itu tidak diletakkan oleh individu swasta , seperti yang terpapar pada barisan terakhir dalam mesej iklan ucapan tahniah tersebut.
Kata McNulty lagi, dia tidak boleh mendedahkan kos sebenar iklan
berkenaan kerana syarikat itu tidak pernah memnyebarkan kos iklan persendirian
kerana terdapat banyak perkara yang terlibat yang perlu dirahsiakan seperti
pihak yang mengiklan dan kadar bayaran yang dikenakan. Ini termasuk jadual pengiklanan
itu telah dipersetujui oleh pengiklan dengan syarikat itu , dan juga kategori
pengiklanan yang terlibat.
Walau bagaimanapun, penyelidikan yang dilakukan oleh
pihak-pihak tertentu mendapati bahawa kos iklan halaman penuh seperti itu yang dikeluarkan
di New York Times sebelumnya,bernilai $ 180,000
hingga $ 230,000 sehalaman. Jumlah ini antara RM580,000 dan RM740,000 untuk
iklan satu halaman.Oleh itu,dua halaman penuh berwarna yang memaparkan Datin Seri Rosmah dianggar menelan belanja lebih daripada RM740,000. Ianya hampir sejuta!!!!
Iklan tersebut dipaparkan pada 16 April 2010 , hari terakhir
lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat. Iklan itu
bertujuan untuk mengucapkan tahniah kepada Rosmah diatas penganugerahan Anugerah
Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa.
Iklan itu mengalu-alukan Rosmah Malaysia sebagai " First
Lady " ke New York, dan membawa mesej: " Dalam mengiktiraf usaha mempromosikan
keamanan, keharmonian dan persefahaman di kalangan rakyat Malaysia dan keberanian
serta kesungguhan untuk mengubah kehidupan rakyat dan kanak-kanak di seluruh
dunia. Malaysia berbangga denganmu. "
Iklan tersebut turut memaparkan: " Salam mesra dari keluarga dan
rakan-rakan di Amerika Syarikat dan Malaysia."
Iklan tersebut juga tidak menamakan Business Council for
International Understanding, organisasi yang memberi Rosmah anugerah itu.
Tidak habis dengan kontroversi penggunaan khidmat firma perhubungan
media Apco Worldwide Sdn Bhd, dan penglibatannya dalam urusan kerajaan, iklan
dua halaman ini telah menimbulkan gosip dan kontroversi di blog-blog tempatan
dan antarabangsa tentang pembaziran duit rakyat yang digunakan untuk
mengeluarkan iklan itu.
Dilaporkan juga, ketika iklan yang bernilai hampir sejuta
ringgit itu dikeluarkan, liputan media mengenai pertemuan Barack Obama bersama
Dato’ Seri Najib adalah sangat sedikit. Sudah jelas disini, ia merupakan
perkara yang tidak perlu dilakukan dan tidak memberi sebarang faedah kepada
Malaysia sedikitpun.
Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Dr
Jamaluddin Jarjis digambarkan dalam media Malaysia,menunjukkan sempena lawatan
Najib ke US mendapat liputan luas akhbar Amerika Syarikat. Tetapi DAP Lim Kit
Siang mendakwa , ia seperti telah
menjadi suatu advertorial dalam akhbar Washington Times.
McNulty,The New York Times tidak mendedahkan siapa agensi
iklan yang terbabit dalam pengiklanan tersebut. Tetapi jika benar kerajaan
Malaysia telah mengupah sebuah agensi iklan , mengapa wang rakyat digunakan
untuk mempopularkan Rosmah yang menerima anugerah “kabur” di Amerika Syarikat, bukannya Perdana Menteri
dan negara?
Panggilan telefon kepada Pejabat duta di Washington dan
Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya telah dibuat bagi meminta penjelasan mengenai
penglibatan kerajaan dalam iklan tersebut, dan berapa nilai wang rakyat yang
dibelanja sebenarnya, namun tiada jawapan setakat ini.
No comments:
Post a Comment