Friday 22 February 2013

Manusia umpama Buluh

Bismillah.....

     Kebosanan tahap maksumum nie. Petang2 Jumaat sememangnya aku free dari sebarang kelas. So, apa yang nak dibuat? Kawan aku sedang asyik dibuai mimpi. Siap berdengkur lagi. Mana x nyer, meredah panas nak pergi sembahyang Jumaat dan kelas pula start nun di awal pagi, jam 8. Apabila dapat katil empuk plus aircond, apalagi.Yang sorang tu plak, asyik main computer game jer tak habis2. Hish.....haha... kata orang pulak ^^ Jadi untuk tidak membuang masa, baik aku tulis coretan yang baru. Coretan petang Jumaat.

     Mengimbau kembali kenangan ketika di sekolah, memang best. Terbaik.. Bermacam jenis pengalaman yang aku tempuhi. Berjuta memori yang aku ciptakan. Ada yang manis, dan ada yang pahit. Yang manis membuatkan aku sentiasa terhibur. Dan yang pahit membuatkan aku jadi lebih kuat. Biasalah....

      Menjadi fitrah manusia suka kepada perkara-perkara yang menggembirakan. Kalau boleh, semua pengalaman dan memori hendak yang gembira sahaja. Yang berbentuk kedukaan dilupakan. Sebenarnya, memori duka itulah yang mengajar kita menjadi lebih dewasa. Cuba bayangkan, jika semua memori kita berbentuk hiburan. Semuanya gembira belaka. Tidakkah kita akan sentisa tersenyum seperti orang gila? Hati kita akan sentiasa selesa. Keselesaan itulah yang membuatkan kita cepat lupa. Alpa.

       Kita perlukan keseimbangan. Kita perlukan kegembiraan dikala kita berduka. Kita perlukan kedukaan dikala kita gembira agar ianya tidak berlebih-lebihan. Kegembiraan kita tidak boleh melepasi tahapnya. Kedukaan pula perlu dikawal. Adanya kedua-dua ini membuatkan seseorang insan itu menjadi lebih neutral.



        Umpama pohon buluh, semakin tua semakin keras. Begitu juga manusia. Semakin kita meningkat dewasa, kita akan menjadi semakin kuat. Kekuatan kita boleh terbina melalui memori manis dan pengalaman pahit kita. Seseorang manusia akan menjadi lebih kuat apabila mengingati orang yang tersayang. Sifat sayang kita yang kuat akan membuatkan kita sanggup melakukan apa2 sahaja untuk seseorang itu. Kekuatan kita juga akan terjalin apabila kita mengingati memori indah ketika bersamanya. Mungkin pada satu-satu masa, kita akan menghadapi masalah, jadi dengan mengingati kenangan kita bersama orang yang kita sayangi akan membuatkan kita lupa seketika masalah itu. Apabila kita berada dalam keadaan yang tidak merungsingkan, jalan penyelesaian akan segera muncul. Kata orang, pertolongan tidak akan datang pada mereka yang mati. Mati di sini dimaksudkan oleh keadaan kita yang bermasalah, rungsing dan risau.

          Begitu juga dengan memori pahit. Tipu jika seseorang itu tiada memori pahit. Walaubagaimana kaya pun seseorang itu, secantik mana pun seseorang itu, sesempurna mana pun seseorang itu, pasti mereka ada memori pahit. Kadang-kadang memori pahit ini berlaku pada waktu yang tidak dijangka. Berlaku bersama orang yang kita sayang. Yes, itulah memori pahit yang membolehkan lelaki segagah mana pun menitiskan air mata. Jika kita ingat kembali sewaktu kita terimbau memori pahit, apa yang akan berlaku? Kita akan berkata " x nak ingat-x nak ingat", " haha... salah aku tue ", " x per... orang pun dah lupa" dan sebagainya mengikut jenis orang.  Sebenarnya, apabila kita ingat memori pahit tersebut, kita juga akan mengingatkan diri kita agar jangan pernah buat perkara itu lagi. Berhati-hati dalam setiap tindakan dan percakapan. Itulah yang membuatkan kita lebih kuat. Kita sedar akan kesalahan kita dan berusaha untuk tidak mengulanginya lagi. Ha, siapa kata memori pahit x bermanfaat? Perlu dilupakan.

         Memang benar memori yang duka sangat sakit untuk diingati. Hati akan rasa hancur, musnah, dirobek, dicincang dan dihiris apabila kita mengingatinya.. Terimalah ia sebagai satu perkara yang positif. Jadikan ia satu pengajaran. Jika memori pahit itu dikongsi bersama seseorang, maafkanlah insan tersebut. Tidak kiralah siapa yang salah, saling bermaafanlah. Sesungguhnya, Allah mengasihani mereka yang saling bermaafan dan membenci hamba-Nya yang memutuskan silaturrahim. Nauzubillah.....

Thursday 21 February 2013

Percaya itu amanah

     
Rukun Iman
     Beriman kepada Allah, Beriman kepada Malaikat-Malaikat, Beriman kepada Kitab-Kitab, Beriman kepada Rasul-Rasul, Beriman kepada Hari Kiamat, Beriman kepada Qada' dan Qadar

Apa asasnya?
I M A N = P E R C A Y A

                                                                   
Rukun negara
    Kepercayaan kepada Tuhan. Kesetiaan kepada raja dan negara. Keluhuran perlembagaan. Kedaulatan undang-undang. Kesopanan dan Kesusilaan.

Apa yang pertama?
K E P E R C A Y A A N


        

           Kepercayaan itu wujud di antara perkara-perkara yang tidak boleh dibeli. Bukan mudah untuk membina kepercayaan terhadap seseorang dan juga membina kepercayaan dari seseorang untuk diri kita. Bertahun-tahun membinanya namun dalam sekelip mata ia boleh musnah. Dalam hidup ini, bukanlah seberapa banyak perkara/benda/harta yang kita miliki menjadi kayu ukur tetapi siapa yang kita ada untuk percaya dan mempercayai diri kita menjadi timbangan. Jangan ingkari/hilangkan/buang empat perkara dari hidup ini; kepercayaan, janji, hubungan baik dan hati. Apabila salah satunya diingkari/hilang/dibuang, tiada bunyi yang keluar daripadanya namun lukanya terasa. Ianya amat jelas sehingga mampu membawa kepada maut seseorang.
       
           Pernahkah anda dengar berita mengenai seseorang yang mati akibat kesunyian? Tidak mempunyai teman, keluarga dan saudara yang mampu memberi sinar kehidupan. Sesungguhnya mati dalam keadaan sebegitu wujud di dunia ini. Insan yang menderita kesunyian mampu membawa dirinya menjadi gila. Mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. Mereka kadangkala bercakap berseorangan, bermain dengan anak patung dan ada di antara mereka melakukan hubungan intim bersama haiwan. Sebenarnya bukan itu yang mereka mahu, tetapi keadaan yang menyebabkan semua perkara tersebut berlaku. Mereka tiada sesiapa untuk menceritakan masalah yang dihadapi. Mereka buntu untuk mencatu jalan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Akhirnya, keseorangan dalam menghadapi gelora kehidupan memakan diri sehingga jiwa tidak dapat lagi menerima dan maut menjadi nadi pengakhirannya.
       
           Ramai mengatakan yang percaya itu punca kepada perhubungan. Tanpa percaya cinta tidak akan wujud, Tanpa percaya, hubungan persahabatan antara dua sahabat tidak akan berkekalan. Tanpa percaya, seorang majikan tidak akan menggaji pekerjanya. Dan yang paling mustahak, tanpa percaya tiadalah iman. Semua itu berasas daripada sebuah kepercayaan. Menurut kamus dewan, kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai pleh perasaan pasti atau kepastian terhadap perkara berkenaan. Jadi benarlah kepercayaan boleh menjadi penyebab kepada berkekalannya sesebuah hubungan dan hancurnya sesebuah ikatan.
         
            Why am I telling this?. Lately more and more people come to me and share the same dialogue; "I TRUST YOU AMIR." Bunyi memang biasa, namun disebalik ayat ini jelas sekali, kita amat penting di hati mereka dan apa yang 'diserahkan' kepada kita bukanlah sesuatu yg remeh pada diri mereka. Mungkin rahsia, mungkin hanya suka-suka. Namun bagi aku, itulah amanah. Amanah yang sangat hebat. Amanah yang menjadi tunjang kepada sesebuah ikatan silaturrahim. Amanah yang menjadi asas kepada iman seseorang Muslim. Amanah yang pasti! Beratnya pemberian-Mu Allah. Terlanjur bicara, munafiklah diri. Nauzubillah. 
       
           Jangan remehkan kepercayaan yang diberi. Jika yang 'diserahkan' itu rahsia Aib. Lindungi aib mereka sebagaimana anda ingin aib anda dilindungi mereka. Jika yang diserahkan itu Harta, jujurlah dalam pelaksanaannya. Jika yang diserahkan itu Hadiah, gunakanlah ke arah kebaikan. Selagi kepercayaan itu masih boleh dilindungi, wajiblah dirimu tidak memilih munafiq!

    






Yang Dicari

      Terasa aku perlu bermula untuk mencipta sebuah blog. Di sini, aku boleh memuatkan segala coretan yang ingin aku luahkan dengan tinta. Mungkin ada yang bertanya, mengapa tidak dengan sebuah diari? Bagi aku, aku lebih suka mencatat sesuatu yang boleh ku berikan manfaatnya kepada orang lain. Aku diperkenalkan dengan blog oleh rakan sekampusku. Menyatakan terima kasih atas satu ucapan penghargaan dan peringatan buatnya membuatkan aku tersentuh hati. Aku sangat rasa dihargai dikala membaca coretannya. Mungkin itulah kuasa magik catatan di sebuah blog oleh seorang blogger.

       Hebatker jadi seorang blogger? Pernah dalam satu perjumpaan, aku tertanya-tanya adakah hebat menjadi seorang penulis blog? Hal ini kerana ada seorang rakan aku dipuji melambung-lambung oleh seorang akak fasilitator apabila dia dapat tahu rakanku tersebut ialah seorang blogger. Oh goshhhh..... tak yah nak puji sangatlar mamat tu. I know well him. Kuat mengarut dan buat lawak pun hambar. Hahaha... Kawan aku kat sebelah pun mula memandang aku dengan pandangan yang lain macam. meluat. Selepas sahaja perjumpaan tersebut tamat, keluar saja dari bilik tersebut, kami mula berjoyah mengutuk mamat poyo tu. Tulah pasal, asal kau poyo sangat. Astaghfirullah...

       Tapi, selepas aku diperkenalkan dengan lebih meluas dengan blog, aku dapat bezakan dua jenis blogger. Bagi aku, ada dua jenis blogger yang ada di dunia ni. First, blogger yang x habis-habis nak menceritakan hal dirinya pada dunia. Segala benda dia nak cerita kat blog dier. Hal atas katil pun nak citer gak. Haishhh... nie x bole jadi ni. Klau apa yang dia citerkan tue bagi informasi dan bermanfaat kepada pembacanya x per, ni syok sendiri pulak; Maaflah pada yang terasa. Yang kedua pula ialah blogger yang sentiasa berusaha untuk mempelbagaikan tulisannya untuk memaksimumkan lagi bermacam informasi di dalamnya. Blogger jenis macam ni sangat dicari oleh orang ramai. Walupun dia menceritakan perihal pengalaman or any cerita peribadinya, namun disebalik coretannya ada sesuatu yang boleh kita dapat. Sentiasa menjadikan tulisannya penuh dengan info semasa mahupun pengalaman.



        Apapun, masing-masing ada punya tujuan sendiri mengapa mereka mencipta blog mereka sendiri. Ada yang nak melepaskan isi hati, kemarahan serta kebingunan yg tersemat di dada. Ada yang ingin mendapatkan perhatian umum. Dan ada yang bertujuan untuk memanfaatkan masa lapang mereka. Terpulanglah pada setiap individu. Pembaca blog pula punya kuasa untuk memilih blog mana yang digemarinya. Oleh itu, berfikirlah wahai blogger2 sekalian bagaimana untuk menarik perhatian orang untuk membaca blog masing2. Apa tujuan anda menulis di dalam sebuah blog? Klau boleh, pilihlah tujuan yang boleh memberi sejuta manfaat bukan pada diri sendiri, malah kepada berjuta pembaca blog di dunia ini. Usah biarkan masa yang digunakan untuk mencatat coretan kita di blog sebagai masa yang tidak bermanfaat dan terbuang begitu sahaja.

       Daripada penghargaan dari seorang sahabat, kemudian cerita berkenaan mamat yang poyo, then mencari kehebatan seorang blogger dan akhir sekali nasihat untuk blogger2 sekalian. Oh goshhh... x teratur betul tulisan pertamaku ini. Apapun, ini adalah cubaan yang pertama. Mesti ada banyak cacat celanya. Ibarat bayi sedang belajar berjalan. Perlu didahului dengan meniarap, merangkak, berdiri, bertatih dan akhir sekali barulah boleh berjalan. Sepanjang proses belajar berjalan tersebut, semestinya berpuluh kali seorang bayi itu jatuh dan menangis. Itu adalah lumrah manusia yang baru belajar memulakan sesuatu yang baru. Mesti ada kelemahannya. Semoga tulisanku yang kedua nanti akan lebih baik dari yang ini. In sya Allah.....